Pages

October 19, 2009

bapaknya anaknya

Salam.

Tersebutlah kisah seorang anak berambut tiada, pulang ke rumah setelah tamat sesi persekolahannya pada hari itu. Dia pulang jam 6.30 petang, kerana sesi sekolahnya sebelah petang. Tatkala dia melangkah masuk pintu hadapan rumah bapaknya itu, bapaknya sudah sedia menanti kepulangan anaknya. Alangkah gembiranya hati anak tersebut kerana bapaknya sanggup menanti kepulangannya.

Bapaknya mengajak anaknya duduk di sofa yang satu itu, berdepan dengan sofa yang tiga itu, terduduknya bapaknya. "Mungkin bapak nak ajak keluar jalan-jalan besok", getus hati anaknya. Almaklumlah, besoknya cuti umum. Bapaknya memula bicara.

"Kenapa anaknya jual barang-barang rosak?" Kaget anaknya. Tidak anaknya sangka bapaknya tahu kegiatannya berniaga barang-barang rosak di sekolah. "Tapi bapaknya, anaknya dapat banyak untung. Seronok berniaga macam ini." jelas anaknya. "Tapi menjual barang-barang rosak dan mengatakan semuanya baru, berkeadaan baik, bukan caranya. Bapak tak pernah ajar anaknya buat begitu. Itu tak berETIKA namanya! ", perkataan etika itu ditekan dengan jelas supaya anaknya mengerti.

Bapaknya juga seorang peniaga---pasar mini. Bapaknya sangat teliti dalam hal jual beli. Bapaknya senantiasa memastikan barang yang dijual berkeadaan baik, tidak tamat tempoh. Kalaupun barang tersebut terpakai, akan dinyatakan secara terang agar pebeli tidak terasa tertipu dan bapaknya juga tidak menipu.

"Tapi bapaknya, menipu itu kan perkara biasa dalam berniaga. Dengan menipulah anaknya dapat untung banyak. Tanpa penipuan, untungnya sedikit sahaja. Kalau tidak mahu menipu, lebih baik jangan berniaga." bentak anaknya. Bapaknya mengaku bahawa jualan di pasar mini itu tidak besar sama sekali. Bahkan, modal pun belum pulang. Akan tetapi, bapaknya yakin, apa yang dilakukan betul, dan para pelanggan sedia da takkan lari ke kedai lain.

"Tidak! Bapaknya tak mahu lagi anaknya terus menipu. Berhenti menipu atau berhenti berniaga buat selamanya!" tegas bapaknya. "Biar seribu kali bapak menengking, takkan pernah anaknya berhenti menipu. " bentak anaknya kembali. Anaknya meninggalkan bapaknya sendirian di ruang tamu.

Anakya tetap tidak mahu menerima yang dilakukannya itu perkara yang betul dengan cara yang salah. Bapaknya termenung kerana anaknya itu. Hari dah bang. Bangkit bapaknya menunaikan yang wajib.

Rumah itu sunyi sepi. Cuma desiran kipas angin di siling kedengaran. Lampu terpadam. Bayangannya lenyap dalam kehitaman malam.

Sekian.

p/s : jalan cerita, lokasi dan watak dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tidak ada kena-mengena dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.

No comments: