Pages

March 22, 2009

Penyokong?

Hari ini saya beli surat khabar Sinar Harian edisi Melaka&Negeri Sembilan. Ada berita tentang politik wang. Tapi yang hairannya, walaupun dah dikenakan tindakan disiplin, orang ramai masih menyokong individu terbabit. Di mana salahnya?

Pemimpin yang sememangnya bersalah atau penyokong tegar yang sudah tidak kenal baik dan buruk?

Jadi,siapa yang harus dipersalahkan sebagai penyebab politik tidak sihat negara kita ini,
pemimpin atau penyokong?

Wajarkah kita menuding jari hanya kepada pemimpin, tanpa menuding jari kepada sahabat-handai kita sendiri?

Sekian.

March 01, 2009

Orang-orang berani di Malaysia.

Sebenarnya ramai orang-orang berani di Malaysia ni. Ramai yang berani beri komen terhadap sesiapa sahaja. Tapi,kita tak selalu nampak kan? 
Kalau nak tahu,mereka semua lebih berani muncul di khalayak orang-orang muda seperti di universiti-universiti, menyebarkan bermacam-macam maklumat. Ada yang masuk akal dan ada yang agak tak masuk akal. Skopnya terlalu besar jadi saya tak perlulah terangkan. Bagi murid-murid sekolah menengah dan para pelajar universiti, anda tentu faham apa yang saya maksudkan.
Apakah relevan orang-orang berani ini muncul di kalangan orang-orang muda dan kurang berpengalaman seperti kita? Dan apakah relevan kita mendengar hujah-hujah rakan seangkatan yang kita sendiri tahu mereka juga tidak berpengalaman seperti kita? Apakah kebaikan yang mereka dapat dengan mensasarkan golongan yang baru mengenal dunia?
Bukankah lebih baik jika mereka memberikan lebih perhatian kepada orang-orang yang baru memulakan kerjaya atau individu yang berpengalaman? 
Memang benar orang muda sekarang adalah pemimpin masa depan. Tapi adakah kita perlu menunggu demikian lama untuk mendapatkan hasilnya? Bukankah lebih baik jika mereka sendiri yang berusaha ke arah tujuan yang mereka sebarkan? Jika harus menunggu begitu lama, berapa jumlah kerugian yang kita perlu tanggung sementara menunggu pemimpin yang diharapkan daripada golongan muda sekarang?

Jarak umur antara 16 hingga 25 adalah jarak umur yang mana seseorang itu paling mudah dipengaruh. Mungkin matlamatnya betul, tetapi dengan cara yang salah, akan memakan diri individu itu sendiri. Bak kata rakan sekolah saya, "Matlamat tidak menghalalkan cara." .
Pola fenomena ini sekarang adalah mendidik dan mengajar anak-anak muda dan mengharapkan sesuatu daripada mereka. Ya,bunyinya seperti seorang ayah atau ibu yang mengharapkan anak-anaknya berkerjaya dengan gaji yang lumayan. Dalam situasi ini, si ayah atau ibu sudah pastinya tidak dapat lagi mendapat kerjaya yang lebih lumayan kecuali berniaga. Tetapi dalam situasi orang-orang berani ini, mereka mengharapkan orang lain melakukan sesuatu yang mereka sendiri boleh lakukan. Adakah mereka memang tidak mampu atau sengaja tidak mahu? 

Paling menyedihkan ialah apabila ada siswa-siswi yang mensia-siakan apa yang ada pada mereka dek kerana mengejar yang satu itu. Setahu saya, kita disuruh mengejar kedua-duanya sekali. Dan ingatlah, kita tidak pernah berseorangan. Memang kehidupan kita,keputusan kita. Tetapi ingatlah, seperti kempen antidadah mengatakan,"Masih ada yang sayang" , ramai yang datang dan ramai yang pergi. Ada yang singgah sebentar, ada yang bersama-sama sepanjang hayat. Akhir kata, renungkan.

===================================

Peluang datang dalam pelbagai bentuk.
Terpulang kepada ita untuk mengenalpastinya.
Apabila sudah dikenalpasti,
ambil dan jangan sekali-kali melepaskannya.

===================================