Pages

July 09, 2012

Bukan

Risham rasa macam dah pernah taip pasal benda ni.
Tak apa. Risham nak taip jugak.

Internet dan tulisan internet tak cukup perasaan.
Ia tak boleh luhurkan perasaan sebaik menulis surat.
Sebab menaip di internet itu terlampau senang.
Senang dibuat, senang dibuat-buat, senang dihantar, senang dikongsi.

Pada risham, risham tak nampak keikhlasan dalam hasil kerja internet.

Tapi bukan semua nampak tak ikhlas.
Ada juga yang ikhlas.
Macam ucapan setahun sekali. Tapi ucapan yang ditujukan kepada orang lain.
Perbuatan memberi ucapan itu sendiri menunjukkan ingatan kepada yang dituju.
Lain daripada tu, nampak dibuat-buat.

p/s : kalau ucapan bertanya khabar, hari lahir, hari raya, segala macam tahniah, itu semua risham yakin ikhlas. yang lain, risham tak yakin.

July 06, 2012

Dunia yang berubah

Dunia yang ada sekarang bukan lagi dunia yang risham kenal satu masa dahulu.
Apakah dunia yang berubah atau risham sendiri yang sudah berubah?
Benar semua orang tidak boleh lari dari berubah. Dari remaja ke dewasa itu pasti berubah. Tiada siapa yang boleh menghalangnya.
Mungkin ada yang akan berkata bahawa perubahan itu bagus. Untuk kebaikan katanya.
Tapi tak semua membawa kepada kebaikan.
Bukan risham tak nak berubah, tapi ada sesetengah perkara yang risham fikir tak perlu diubah sampai bila-bila.
Apakah terlampau aneh orang yang tak mahu berubah?