Pages

September 03, 2009

Sasterawan Amil Jaya Meninggal Dunia


Semalam, 2 September 2009 di Kota Belud, Sabah, Amil Jaya atau nama sebenarnya Datuk Ismail Abbas telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.20 petang. Allahyarham, 69 tahun, meninggalkan seorang balu dan enam orang anak. Allahyarham merupakan seorang yang aktif dalam bidang sastera atau lebih spesifik penulisan novel.

Dilahirkan di Kampung Pirasan, Kota Belud pada 5 November 1939, beliau pernah menjadi guru, kemudian guru besar dan pensyarah.

Antara pencapaian beliau adalah Anugerah Penghargaan Penulis daripada Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Sabah,1987 dan Anugerah Sastera Sabah yang pertama daripada kerajaan negeri Sabah,1990.

Antara karya novel yang ditulis Ismail Abbas ialah :
1. Cerah,1976
2. Ngau,1979
3. Herwan Anak Kembara,1982
4. Yanti Si Anak Laut,1986
5. Bagaton,1987

Lagi berita menyedihkan.

Ibu kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharum, Che Som Ibrahim, 82 meninggal pada kira-kira jam 8.30 pagi tadi akibat komplikasi sakit jantung. Beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah (KMC) di Jitra sejak dua minggu lepas dan dilaporkan sakit tenat pada pukul 5 pagi tadi.

Sumber 1 : Utusan.com.my
Sumber 2 : Utusan.com.my

Risham terasa nak kongsi sedikit cerita. Risham pun ada tulis cerita. Tapi cerpen je lah.Kalau sudi, sila download fail PDF di bawah.

Terima kasih.


No comments: