Pages

September 10, 2009

Apa kaitan 11 September dengan Malaysia?


September 11, 2001. 11 September 2001. Satu tarikh yang tidak asing lagi di mata dunia. Tarikh keramat. Tarikh bermulanya berbagai kontroversi, manipulasi, interpretasi dan bermacam jenis'-si' lagi yang ada dalam daftar kata Kamus DBP. Pernah dulu Risham simpan satu keratan akhbar Utusan Malaysia untuk tatapan hari kemudian.

Tapi, sungguh tidak disangka, setelah lapan tahun berlalu, baru Risham sedar, peristiwa 11 September ada dalam buku sejarah Malaysia. 11 September 1509, Diego Lopez De Sequeira telah tiba di Melaka. Itulah kali pertama orang Eropah menjejakkan kaki ke Melaka. Peristiwa ini juga membawa kepada penjajahan Belanda ke atas negeri itu 2 tahun kemudian.

11/09/1509 - genap 500 tahun kedatangan Belanda ke Melaka. Dunia diberitahu Eropah adalah kuasa hebat kerana berjaya menjadi yang pertama tiba di Melaka. Akhirnya Melaka dijajah.

11/09/2001 - Pusat Perdagangan Dunia, WTC dilanggar kapal terbang, Pentagon diserang. WTC rebah menyembah bumi. Dunia diberitahu yang orang Islam adalah pengganas. Akhirnya kawasan Timur Tengah dijajah. Palestin, Iraq.
Apakah tarikh 11 september sengaja dipilih atau sekadar satu kebetulan? Apakah peristiwa WTC sebenarnya adalah ulangan sejarah turunnya Diego Lopez De Sequeira di Melaka?
Anda berhak memilh jawapan anda. Kerana itu yang kita 'semua' perjuangkan, bukan? Kebebasan bersuara, kebebasan berpolitik, kebebasan mencari keadilan, kebebasan itu, ini, dan sebagainya. Maka pilihlah jawapan anda sendiri.

p/s : Kt kolej ni pun ade gak 1 bende jadi 2. Sape yang salah? puncak piramid, tengah, atau tapaknya? Kata Nabil, 'lu pikirlah sendiri. assalamualaikum.'

No comments: