Salam. Risham nak cerita sikit lah hari ni. Hari ni Risham nak kongsi dan luahkan perasaan sikit-sikit. Sikit-sikit dah lah. Mana boleh banyak-banyak, pecah rahsia. Huahaha... Apa yang bakal Risham luahkan ni datang jauh dari lubuk hati, ikhlas buat pembaca-pembaca yang setia membaca blog ni. Sebelum tu, jutaan terima kasih Risham ucapkan kepada ANDA! Ya, ANDA! Terima kasih daun keladi kerana masih membaca blog ni walaupun Risham suka aiskrim keladi. (ada kaitan ke takde kaitan ke, nak sebut gak. tak kire2x)
Sebenarnya, Risham ada minat kat sorang ni yang berstatus 'amoi' atau bahasa lainnya 'leng loi'. Ha..... Apa? Risham pun ada perasaan pe. Tapi ada satu je masalahnya. Risham tak tahu macam mana nak dekat dengan dia ni. Macam mana nak mula, di mana, nak cakap apa, masa yang Risham pilih tu sesuai ke tak, rambut nampak smart ke tak....? Mungkin perkara-perkara ni nampak remeh, tapi bende2 nilah yang akan menentukan ape, bak kata omputih tu 'first impression' dan itulah yang akan menentukan perhubungan itu boleh ke tahap seterusnya ke tidak.
Tambahan pulak, Risham bukan selalu nampak dia ni. Kelas lain2, course lain, jantina lain. Eh, memanglah lain. Untuk rekod, Risham 'straight' ok. Ulang... 'Straaiight'. Ok. Berbalik kepada topik. Lagi, Risham kalau orang2 baru nak kenal agak susah la. Bukan orang yang susah nak kenal Risham, Risham yang susah nak kenal orang. Ada beberapa senario atau situasi yang Risham susah nak rapat ngan orang dan sebaliknya. Dah jadi macam 'Chlamydomonas' pulak, kene tunggu 'certain' keadaan yang sesuai.
Mungkin jugak Risham ni kurang pengetahuan pasal nak 'tackle2' orang perempuan ni. Bukan senang,(pada Risham lah) nak tahu apa yang orang perempuan ni nak. Kalau bini tu mungkin lah senang. Kita skang cakap pasal awek atau member2 yang kita kenal. Macam satu dialog dalam filem Sepet, berkata mak Orked kepada bapak Orked, "Your job is to love us, not understand us." Dia sendiri ngaku laki dia tak payah paham dia, dan seolah-olah takkan paham pun.
Jadi, pengajarannya, janganlah jadi macam Risham. Sampai sekarang tak tahu nak buat apa. Tapi. Risham nak kongsi sedikit apa yang Risham tahu. Kalau anda perempuan, dan tak nak jadi macam Risham, sampai sekarang takde teman istimewa, anda kini boleh dapatkan buku
Panduan Cinta.
Buku ni sebenarnya ditulis oleh 'senior' Risham masa kat sekolah menengah dulu. Dia ni memang berbakat dalam bidang-bidang menulis ni. Dalam buku ni ada diterangkan macam mana cara-cara untuk anda 'tackle' laki-laki yang anda dah lama target nak kenal, kawan-kawan, atau 'crush' baru yang jumpa dalam kelas ke. Maklumlah, Risham sekarang masuk semester baru.
Kalau ANDA perempuan, wanita, ingin mendapatkan teman istimewa, INILAH BUKUNYA.
Risham sendiri dah baca buku ni. Memang hebat. Terkena batang hidung sendiri gak. Banyak rahsia tipikal lelaki dibongkar. Dan jangan tak tahu!! Memang ramai lelaki adalah jenis tipikal dari segi tingkah laku. Atau anda boleh pergi ke laman
PanduanCinta untuk lebih banyak testimoni dan fakta menarik.
Buku ni pun ada sediakan tips-tips menjaga perhubungan. So, bukan setakat untuk yang baru nak bercinta je. Yang dah ada teman, yang dah kahwin, hatta yang dah ada anak 5 sekalipun boleh baca buku ni. Salah satu tips penting yang ada dalam buku
PanduanCinta ni ialah macam mana nak ikat si dia supaya setia sepanjang masa.
Akhir kata, berusahalah bersungguh-sungguh mendapatkan apa yang anda mahukan, samada cinta, pelajaran, mahupun wang. Selamat berusaha mendapatkan cinta si dia. Terimalah sedikit mutiara kata dari Risham.
"Chances come in various ways and forms. Once you identify it, grab it and don't ever let go of it"
Sekian.