Pages

June 03, 2009

Sebelum dan Selepas.



Salam.

Ada tak korang merungut? Mungkin merungut pasal keluarga korang ke? Sedara-mara korang ke?
Mesti ada kan??? Tak payah tipu lah. Aku tau. Biasa korang merungut pasal ape? Ape yang diorang buat sampai korang merungut? Tak sensitif? Lawak menyakitkan hati? Kuat membebel?
Penyakit hati?

Korang pasti ke, kalau korang ada kat tempat diorang, umur diorang, korang takkan buat benda yang sama? Pasti? Pasti? Bukan PASTI yg tadika tu ye, pasti yg bahasa omputih die 'sure'.

Aku nak kongsi sikit pengalaman aku. Dulu, mp3 mane ade. Eh, salah topik lak. Berbalik kt topik.
Masa kt sek. men. dulu, mase F1, ak duk kt dorm top floor(cikgu kate nak elak kene buli selalu, padahal takde beza pun ngan bbdk yg duk floor bwh). Mase tu pulak, aku punyalah berazam, aku dah set dah. Dah set dah. Andai kate lah aku dapat 1st floor, yakni floor betul2 atas musolla,
smpai F5, ak g solat kt musolla 2 5 kali sehari. Bukan 2 je. Ade lagi... Ade lagi. Ak siap set nak solat kt musolla dgn pakai kain pelikat yg betul2 bersih punya, pun 5 kali sehari gak. Dahsyat x? Konon tak nak jadi mcm senior2 mase tu lah kan...

Tapi, apakan daya aku. Masuk F4, dah start bgn lmbt gile. 6.30 pagi baru nak bangun. Nak kene clear asrama kul 7. Nak mandi, tunggu turn, air plak sejuk... Nak xnak mandi gak.(Ak xpenah eh g skolah tak mandi.)Mandi punya mandi, dah 6.50. Dah, warden pulak menjerit-jerit."Cepat,cepat,cepat. 10 minit lagi ni." kdg2 terdngr wrden ckp cmni,"pengawas pun lmbt. kau lmbt check dorm ke, lmbt bgn?" Biasenye, reaksi pengawas 2 simple je, senyum sikit, pastu smbg keje kalo ade, tak pun buat2 ade keje.

Ha... Itu kalau warden. Kalau wadar pulak, tak yah tanye lah. Nmpk kelibat aje, mmg automatik laju lah seluruh anggota badan. Selagi boleh elak jumpa, selagi 2 lah mengelak. Berbalik kepada cerita solat kt musolla td. Sbb dah berlari-lari nak kuar asrama, solatlah dgn pakaian skolah 2.
Ptg2 pulak, solat Asar majoriti mmg kt dorm. Bkn ape, lps minum ptg, perut penuh, nak tunggu makanan 2 hadam dulu.(ek eleh... ngaku jelah nak keja katil) Yelah, kalau kejar katil pun sbb penat sgt, ptg 2 ade kelas. Jd,solat Asar pun dalam dorm jelah. Ptg2 mmg warden xperlu ronda, sbb mmg xbyk kslhn bbdk buat ptg2. Kire line clear lah nak solat dlm dorm.

Bila dipikir-pikir, baru aku sedar betapa susahnya nak capai sesuatu dalam hidup kita ni.
Jadi? Apa isi penting cerita aku kali ni?

Rumusan.
Kita cakap orang buat kerja tak betul, kita pasti ke kita buat kerja ngan betul nanti?
Kita cakap orang berat sebelah, pilih kasih, pilih bulu, kita pasti ke kita xbuat benda yg sama nanti?

Jangan bising2 pasal integrasi nasional, bila kita sendiri tak ramai kawan2 multiracial.
Jangan bising2 pasal perbuatan orang, bila kita sendiri buat/akan buat benda yg sama.

Kalau ketua sendiri, yg kita sendiri angkt, tabalkn, tak boleh nak percaya, nak percaya siapa lagi?

Selesai sudah cetusan idea hari ini.
Sekian.

p/s : Mengapa perlu kita tekankan perkara itu memalukan? adakah untuk menuding jari kepada orang lain? untuk menyalahkan orang? untuk menambah malu kepada diri sendiri? anda pasti tujuan anda tekankan perkara itu memalukan, untuk menyedarkan pihak yg bertggjwb? atau sekadar perbualan kosong sehari-hari? carilah tujuan sebenar anda jauh di benak hati, biar sampai ke tahap minda separa-sedar anda.

No comments: