Pages

June 15, 2009

Maafkanku.

Salam.

Maafkanku kerana berfikir.
Maafkanku kerana bernafas.
Maafkanku kerana melihat.
Maafkanku kerana mendengar.
Maafkanku kerana berkata-kata.
Maafkanku kerana merasa.
Maafkanku kerana menyentuh.

Maafkanku kerana membisu.
Maafkanku kerana mengalihkan pandangan.
Maafkanku kerana enggan mendengar.
Maafkanku kerana tidak bertegur sapa.
Maafkanku kerana tidak menjawab.
Maafkanku kerana memendekkan perbualan.
Maafkanku kerana tidak pandai menyambung lawak jenaka.

Maafkanku kerana tidak mampu berubah.
Walaupun hati ingin berubah, membaiki diri, bersama-sama yang lain dalam kehidupan sehari-hari, ku tidak berdaya.
Mungkin juga sebenarnya minda separa sedarku tidak ingin berubah langsung.

Oleh sebab masa untukku hampir habis, maafkanku kerana mengucapkan selamat tinggal.
Walau bagaimana cara sekalipun ku dihalang daripada mengucapkan selamat tinggal,
akan ku ucapkan jua salam terakhir.

BGM : Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal - Shades & Salam Terakhir - Sudirman

No comments: