Pages

August 13, 2009

Kes Buang Bayi Di SBP


Salam.

Hari ini Malaysia digemparkan dengan berita penemuan mayat seorang bayi yang masih berlumuran darah dan bertali pusat di dalam salah sebuah tandas di sebuah sekolah berasrama penuh di timur Malaysia.

Terkejut juga Risham bila dengar berita ni. Hebat betul budak-budak SBP zaman sekarang ; kalau betullah murid-murid yang melakukan jenayah ni. Takut juga sebab adik aku pun belajar di asrama juga.

Mayat bayi tersebut dijumpai di atas tangki simbah dalam tandas di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena atau lebih dikenali sebagai SAINA. Mayat bayi tersebut dijumpai pagi tadi dan seorang tukang cuci di sekolah terbabit sudah ditahan reman untuk membantu siasatan.




Negara juga dikejutkan dengan berita pemergian vokalis utama kumpulan nasyid terkenal negara, Ustaz Asri Rabbani atau nama penuhnya Mohamad Asri Bin Ibrahim yang rebah secara tiba-tiba semasa sedang membuat rakaman program Syahadah terbitan RTM kira-kira 11.15 pagi tadi. Untuk maklumat lebih lanjut, klik di sini untuk berita penuh di HarakahDaily.net.

Ustaz Asri menghidap penyakit darah tinggi dan kencing manis. Sebelum ke lokasi rakaman, allahyarham ada mengadu sakit tetapi tetap ingin meneruskan penggambaran.

Antara lagu-lagu Rabbani yang Risham minat ialah 'Pergi Tak Kembali', 'Intifada', dan 'Apa Yang Kau Tahu'. Risham memang sangat terkejut bila dengar gerita ni dari status "YM" kawan Risham. Mula-mula tak nak percaya. Tapi bila dah keluar dalam Buletin Utama, dah sahlah apa yang kawan Risham tu cakapkan.
~Gambar Hiasan~

Bukan apa, baru-baru ni Risham ada menghadiri Konsert Antara Dunia di Stadium Malawati, Shah Alam. Risham tengok Ustaz Asri tu nampak sihat je. Bersemangat lagi nak buat persembahan. Tapi apakan daya. Pepatah lama ada mengatakan, malang tak berbau. Ajal maut di tangan Tuhan. Marilah kita sama-sama ingat kembali yang kita boleh kembali ke pangkuan-Nya bila-bila masa saja.

Risham : Ada kenal seorang cikgu yang pernah mengajar di SAINA.

13 comments:

pegawai unit akademik SBP said...

if i am not mistaken, people dun call it SAINA. people used to call it SEPOSEN (sains pokok sena).
you mentioned that it was a sbp from timur. but seposen is from utara i think.
btw, keep it up. nice post.
;p

Khairi Nairfan said...

SEPOSEN? That's not the acronym
yes suppose to be SAINA
And it was located north of Malaysia
Bukan timur

andikara_20 said...

lantak la SEPOSEN ke SAINA ke...
yg pnting...
SBP???
Bayi???
Sains Pokok Sena plak tuh...
Hmm...
ni la pdahnyer blaja byk sgt
subject Sains tanpa agama sbagai
pendorong...

nas said...

pity to the innocent child.

scorpion king said...

masya-Allah...
ape nk jd ngan bdk2 zaman skrg?!
kt tmpt yg dikatekn SBP lak tuh...
ish3x..
pasal Ustaz Asri tu,semoga rohnya dicucuri rahmat Allah la...
semoga ade penggantinye,maybe risyamfikir bleh gnti?

Risham said...

semua : Risham ingin memohon ribuan maaf atas kesilapan menaip. benar, ia sekolah di utara. mungkin sebab kompas saya rosak semalam. huahaha...

pegawai unit akademik SBP : thanks.

Khairi Nairfan : [sila baca mesej untuk semua.]

andikara_20 : betul jugak tu. apa kata kalau lepas ni buat SBPI je?

nas : whoever did it does not 'think before they throw'

scorpion king : kesian SBP dah jadi tempat buang bayi. err... risham sanggup ganti kalau scorpion king join sekali. huahaha...

anak abdullah said...

hmmm...kiai dah keluar dari sekolah tu terus punah...
mengapa ini semua harus berlaku?(nyanyian saleem)

perkara demikian berlaku dan tanggungjawab media yang mempromosikan.

boleh dielakkan dengan perlaksanaan hukum hudud secara menyeluruh.

adakah anda setuju?
takkisah sesiapa yang memerinta selagi Al-Quran dan Sunnah menjadi rujukan utama. dan bukan Kalam manusia yang disanjung.
Al-Fatihah

Risham said...

betul jugak tu.
kena cepat-cepat buat memorandum ni.

Kawan Asr said...

asr.. ap kte ko g interview bdk seposen kt inti..tye la die knape smpy cm2 jd nye..ish3
n.. doa2 la ustaz asri dtempatkn d klngn org2 yg mndapt syurgaNya.. Amin

Risham said...

interview?
sape? ak tak tau pulak ade budak saina sini.

Anonymous said...

btol2
bek wat sbpi je
hehe

x-saina said...

salam..
menurut sumber,perbuatan buang bayi dlakukan oleh pekerja am yg bekerja di sana..sy pn terkejut apabila mendengar berita penemuan bayi di skolah sy dlu..dlm hati,rasa sedih sgt kalau ini dilakukan oleh pelajar sbp..harap sume ambil teladan ats apa yg berlaku..cuba didik anak2 btl..jgn harap cikgu sj didik anak kita...

Risham said...

anonymous : ada betulnya.

x-saina : btol. tepat skali. seperti yang telah Risham beritahu di atas. ada pekerja ditahan untuk siasatan.