Pages

May 17, 2009

Pekerjaan Paling Lama Di Dunia.

Salam.

Hari ini ada sedikit lagi cetusan idea. Atau lebih tepat lagi pandangan peribadi. Tajuk pun dah mengatakan tujuan blog ni. Pekerjaan paling lama. Cuba anda fikir dulu, apakah dia?
Askar? Jurutera? Atau mungkin 'tauke' kedai?
huahaha...

Pada saya, jawapannya ialah cikgu. ha... Kalau difikirkan balik, macam xlogik kan? Mesti ada yang kata, "Cikgu dah pencen mane keje lagi bang oi.". Ya, memang cikgu dah pencen tak kerja jadi cikgu lagi. Tapi, walaupun dah pencen, dia tetap dipanggil "cikgu". Kadang-kadang, dia tak sempat pencen pun. Jadi cikgu 2-3 tahun, lepas itu berhenti. Tetap juga orang akan panggil dia cikgu sampai ke akhir hayat.

Istimewa kan? Cuba kalau askar pula. Brigedier Jeneral(Bersara). Ada tak orang kampung dia panggil dia "jeneral" ? Kalau tauke pulak, bila dia dah tak niaga lagi, orang tak panggil dia 'tauke' lagi, betul tak?

Ini isi kedua pula. Kalau dulu-dulu, cikgu pukul sikit tak apa. Tapi sekarang, anda tengok berita kan? Kata Nabil, 'Lu pikir la sendiri'.

Oleh itu, cikgu memang lah kerjaya yang paling lama di dunia.

Sekian.

MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN


P/S : Gambar cikgu-cikgu yang aku nak sangat tunjukkan di sini tak ada dalam simpanan.
Tapi aku harap gambar ini dapat bagi gambaran siapakah mereka.

2 comments:

+farah+ said...

errr..hem.
shudn't it be profesion perguruan?
heheh

risham said...

cuba klik pautan tu.
ataupun google je semua perkataan tu.
nanti jumpa satu fail pdf dengan tajuk yang sama.