Pages

May 25, 2009

Cheating or Cherating?(updated)

Salam.

Hari ini aku nak update pasal percutian aku yang terbaru.

Sebelum itu terima kasih diucapkan kepada SEMUA yang dah bersusah-payah memastikan percutian tersebut berjaya. Terima kasih banyak-banyak.

Bas pertama bertolak lebih kurang pukul 11.10 malam dan bas ke-2 pulak lebih kurang antara 11.30-11.40 malam.(Padahal aku naik bas kedua, xjugak ingat.) Aku macan biasa lah, kalau dah jalan jauh, naik bas lak tu, memang lelap tanpa diundang lah. huahaha...

Pantai Cherating memang cantik. Tak tahu lah kawasan yang kami pergi saja yang mas
ih cantik atau kawasan lain pun sama. Yang penting memang cantik.

Macam mana? Cantik?


Gambar ni ke kiri sedikit daripada gambar di atas.


Ha... Sampai di Cherating lebih kurang 5.30 pagi. Pagi tu aktiviti pertama ialah membersih pantai. Rupa-rupanya banyak sampah kat pantai-pantai Malaysia ni.


Seronok sebenarnya kutip sampah ni. Cubalah.


Selesai kutip sampah, apa lagi, terus terjun ke dalam laut. Tapi yang ni tak ada gambar. Tengah hari, makan nasi, aiskrim dan lepas tu ada pulak yang pergi sewa basikal. Memang kitorang buat benda-benda yang tak boleh buat lah kat kolej tu.

Aku pulak, lebih kurang 2.30 petang, tetiba teragak nak ke laut. Ternampak Am
ir tengah bersantai dekat bilik kosong, pergi sekali dengan dia. Biasalah, waktu-waktu camtu, air surut. Dari jauh dah nampak Fatah tengah jalan-jalan berseorangan. Pergi pulak ‘join’ Fatah. Tapi memang best lah pergi waktu tu, walaupun waktu tu waktu paling 'best' nak tidur. Jauh jugak kaki berjalan. Sampailah dekat kawasan batu-batu besar.

Dah puas hati, balik bilik, lepas tu keluar kejap, nak isi perut sikit. Muhammad pulak ‘join’. Kitorang pun berkelah di tepi jalan tu.

Pemandangan jalan dekat pantai tempat kitorang tinggal.


Dari kiri : Muhammad, Fatah, Amir

Sabtu malam Ahad, panggang ayam. Terima kasih kepada semua yang memanggang ayam-ayam tersebut. Memang sedap.

Kawasan memanggang ayam.


Ahad pagi, main futsal, main bola tampar. Disebabkan main atas pasir, akupun beranilah meng-gedik nak main 'dive'. Main futsal nak ‘dive’, main bola tampar nak ‘dive’. Kalau kat kolej, haram! ‘Check out’ pukul 12 tengah hari.


Ha… Baru aku teringat. Kan tajuk kali ni ada sebut ‘cheating’ kan? Ada lah satu kedai baju kat depan resort tu jual baju ni, tertulis “CHEATING” kat depan dengan belakang baju tu. Aku tengok baju tu macam cantik gak. Tapi mintak maaf lah. Aku terlupa lak nak ambil gambar baju tu. Beli pun idak. Huahaha…

Inilah dia gambar baju tu.(Sumbangan Isa Aiman, terima kasih.)


Balik, singgah Temerloh, makan lah ikan patin masak tempoyak. Sebab apa? Orang kata, orang katalah(dengan nada Sathiya), ikan patin kat Temerloh ni sedap. Hmm… Boleh tahan.


Akhirnya, sampailah kat kolej lebih kurang pukul 7.15 malam.


Sekian.

2 comments:

Independent Queen said...

which area of cherating? nearby Holiday Villa ke?

Risham said...

xtau la...
tp kitorg kat Ranting Resort.
dlm teluk.
ke kiri ada ClubMed.
Holiday Villa kat mane?