Pages

November 11, 2008

Bersyukur atau tidak?

Asssalamualaikum.

Tajuk ini agak menarik. Saya sebagai warganegara Malaysia rasa terkilan kerana ada yang tidak bersyukur dengan apa yang diperoleh. Contoh untuk tajuk ini ada banyak sebenarnya, tapi saya ingin fokus pada sektor pengajian tinggi. Ada yang menerima biasiswa agensi-agensi besar negara dan ada juga yang menerima biasiswa 'ama'(ayah mak) atau 'fama'(father mama). Apapun sumbernya, ramai yang tergelincir secara halus. AUKU digubal untuk mengelak pelajar daripada terjerat dengan mainan politik negara. Tapi masih ada yang ingin melibatkan diri dengan politik. Ramai yang berpendapat mereka dah cukup matang untuk menerima semua itu. Sebenarnya tidak. Jika anda pelajar atau mahasiswa, mungkin anda rasa marah dengan kenyataan saya ini. Tetapi itulah hakikatnya. Orang yang masih belajar memang tidak patut terlibat dengan politik. Jangan politikkan pendidikan atau pelajaran. Wang yang diterima sepatutnya untuk tujuan akademik, bukan politik. Masih banyak lagi selok-belok yang perlu dipelajari dalam dunia politik. Ianya tidaklah semudah yang disangka. Jika anda seorang mahasiswa, tumpukanlah perhatian pada pelajaran dan hargailah biasiswa yang anda terima walau daripada manapun sumbernya.

No comments: