Pages

November 08, 2008

Papan tanda pelbagai bahasa.

Sudah ramai yang menggelar diri mereka 'pejuang bahasa'. Saya agak khuatir dengan semangat yang ditonjolkan. Adakah ianya tulus dari hati atau sekadar sandiwara sahaja. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjadi rujukan. Khamis, 6 November 2008,saya terbaca sebuah artikel di ruangan PENDAPAT@sinar. Katanya, banyak juga nama-nama jalan di sekitar ibu negara yang menggunakan istilah asing. Tidak pernah pula ditegur. Kalau saya pula, lagi mudah.
Cuba anda capai telefon bimbit anda. Jika telefon bimbit anda berjenama selain daripada Nokia,anda boleh berhenti membaca dan terus ke laman lain. Jadi, anda masih terus membaca? Nampaknya anda memiliki telefon bimbit berjenama Nokia. Baiklah. Pastikan telefon bimbit anda berfungsi, dihidupkan dan sel keringnya belum kehabisan tenaga elektrik. Sekarang cuba tekan beberapa butang yang ada pada telefon anda. Cara yang paling mudah ialah mengunci papan kekunci telefon bimbit anda. Cuba perhatikan betul-betul. Bahasa apa yang tertera? Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu? Kalau Bahasa Melayu,alhamdulillah. Kalau Bahasa Inggeris, maknanya sudah terbukti bahawa Bahasa Melayu sudah lama dipinggirkan, dan bukannya bermula daripada penggunaan papan tanda pelbagai bahasa.

Sekian.

No comments: