Pages

November 06, 2009

Penggali Kubur

hei si penggali kubur
galikan satu buatku

*
3 kaki lebarnya
7 kaki panjangnya
3 kaki dalamnya

biarku cabut fikiranku
letak di tangan
ku campak ke dalam
biar di situ

berfikirnya selalu
tapi tak pernah aksi
dibiarkan
tanpa penyudah

timbuskan saja ia
biar hilang fikiranku
biar kurang fikirku
biar banyak aksiku


* --- perenggan diambil daripada filem Seniman Bujang Lapok

2 comments:

Capo Grande said...

jika perlu lebih aksimu, fikirmu masih perlu...

kerna tanpa fikirmu, aksimu merosak badanmu ;-)...

Risham said...

yes!
thx for the reminder.
jangan bertindak membuta-tuli.