Pages

November 11, 2008

Bersyukur atau tidak?

Asssalamualaikum.

Tajuk ini agak menarik. Saya sebagai warganegara Malaysia rasa terkilan kerana ada yang tidak bersyukur dengan apa yang diperoleh. Contoh untuk tajuk ini ada banyak sebenarnya, tapi saya ingin fokus pada sektor pengajian tinggi. Ada yang menerima biasiswa agensi-agensi besar negara dan ada juga yang menerima biasiswa 'ama'(ayah mak) atau 'fama'(father mama). Apapun sumbernya, ramai yang tergelincir secara halus. AUKU digubal untuk mengelak pelajar daripada terjerat dengan mainan politik negara. Tapi masih ada yang ingin melibatkan diri dengan politik. Ramai yang berpendapat mereka dah cukup matang untuk menerima semua itu. Sebenarnya tidak. Jika anda pelajar atau mahasiswa, mungkin anda rasa marah dengan kenyataan saya ini. Tetapi itulah hakikatnya. Orang yang masih belajar memang tidak patut terlibat dengan politik. Jangan politikkan pendidikan atau pelajaran. Wang yang diterima sepatutnya untuk tujuan akademik, bukan politik. Masih banyak lagi selok-belok yang perlu dipelajari dalam dunia politik. Ianya tidaklah semudah yang disangka. Jika anda seorang mahasiswa, tumpukanlah perhatian pada pelajaran dan hargailah biasiswa yang anda terima walau daripada manapun sumbernya.

BISNES INI BOLEH DIWARISKAN KEPADA ISTERI, ANAK DAN KELUARGA. HANYA RM65 STARTER PACK

Dahsyat.. penangan mymode kat internet nih.. Walaupun niat pempromosi mymode ni baik, ada juga menimbulkan tanggapan negative bagi mereka yang menganggap mymode ni satu persaingan hingga menenggelamkan populariti bisnes yang mereka sedang jalankan. Maaf yang tidak terhingga dari kami di Prepaid4U.Net kerana menimbulkan situasi kurang selesa ini.

Tapi saya rasa setiap mereka yang membenci mymode, terpahat dihati mereka satu harapan sekiranya mereka pula yang telah berjaya dan mempromosi mymode sebaliknya. Betapa bangganya bila mereka sendiri yang meletakkan banner dan iklan promosi di merata-rata web forum dan iklan tanpa segan silu dicerca dan dicaci malahan di ban kerana melanggar tata susila berposting. Mereka jadi fanatik, kerana mereka yakin.

Begitu juga anda. Dengarlah naluri anda itu, kerana ianya selalunya benar. Hanya RM65 sekali sahaja dan anda telah melepaskan diri dan minda anda dari tekanan luaran yang teramat. Berilah diri anda kebebasan dan kedamaian dengan bersama-sama menyertai mymode.

Sedarlah, jika bukan hari ini, esok anda pasti menyertai kami. Buangkan hipokrit dan keegoan itu, hari ini tuhan telah memberi hidayah kepada anda menyertai kami untuk berjaya, Insya-Allah

http://prepaid4u.net/?id=kuihraya

November 08, 2008

Papan tanda pelbagai bahasa.

Sudah ramai yang menggelar diri mereka 'pejuang bahasa'. Saya agak khuatir dengan semangat yang ditonjolkan. Adakah ianya tulus dari hati atau sekadar sandiwara sahaja. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menjadi rujukan. Khamis, 6 November 2008,saya terbaca sebuah artikel di ruangan PENDAPAT@sinar. Katanya, banyak juga nama-nama jalan di sekitar ibu negara yang menggunakan istilah asing. Tidak pernah pula ditegur. Kalau saya pula, lagi mudah.
Cuba anda capai telefon bimbit anda. Jika telefon bimbit anda berjenama selain daripada Nokia,anda boleh berhenti membaca dan terus ke laman lain. Jadi, anda masih terus membaca? Nampaknya anda memiliki telefon bimbit berjenama Nokia. Baiklah. Pastikan telefon bimbit anda berfungsi, dihidupkan dan sel keringnya belum kehabisan tenaga elektrik. Sekarang cuba tekan beberapa butang yang ada pada telefon anda. Cara yang paling mudah ialah mengunci papan kekunci telefon bimbit anda. Cuba perhatikan betul-betul. Bahasa apa yang tertera? Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu? Kalau Bahasa Melayu,alhamdulillah. Kalau Bahasa Inggeris, maknanya sudah terbukti bahawa Bahasa Melayu sudah lama dipinggirkan, dan bukannya bermula daripada penggunaan papan tanda pelbagai bahasa.

Sekian.

Permulaan

Ruangan ini hanyalah sekadar tempat saya mengisi masa lapang. Tidak lebih dari itu. Jadi, sebelum apa-apa, saya ingin memohon maaf atas sebarang ketidakselesaan yang dirasakan setelah membaca hasil kerja taip saya nanti. Di sini ingin saya ingatkan bahawa setiap hasil kerja taip saya di sini adalah pandangan peribadi dan bukan dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Sekian.