Pages

June 27, 2010

Bulan Mengambang

Salam.

Orang kata, bila malam bulan mengambang, ada semacam tenaga datang. Orang berkelakuan pelik. Mungkin sebab tu lah muncul cerita Dragon Ball dan cerita-cerita yang menggunakan bulan mengambang.

Risham sebenarnya memang tengah tak ada idea nak taip apa. Isu memang banyak. Macam-macam isu boleh Risham komen. Lesen judi (cuba baca komen Dr Ridhuan Tee dalam surat khabar hari ni), ulama masuk UMNO, FELDA bangkrap (muka depan Suara Keadilan isu 24 Jun 2010), 15 ahli parlimen ada rancangan untuk MB ('ada rancangan' maksudnya samada nak tazkirah ke, gulungkan ke, pergi jumpa sekali ramai-ramai ke. 'ada rancangan' tak semestinya bermaksud tindakan yang buruk-buruk belaka).

Entah macam mana hari ni Risham terasa nak kemaskini laman ni. Tapi tetap tak terasa nak komen isu-isu yang dah disebut di atas.

Iklan Cyber999 dah disiarkan menerusi syarikat televisyen tempatan. Kalau tak silap, alamat emel yang diberitahu ialah : cyber999@cybersecurity.my. Kalau salah, sila semak komen-komen di penghujung hasil taip kali ni. Kalau ada, kemungkinan ada insan yang prihatin tolong betulkan. Kalau tak ada, saya harap anda yang membaca cukup prihatin dan sanggup membetulkan kesilapan Risham untuk kebaikan kita bersama.

Sekian.

No comments: