Pages

September 01, 2009

Dia dan Rumah Setan



Cahaya terang menembusi celahan-celahan itu. Terperangkap antara dua dunia yang pasti wujud tiada ragu, tiada soal. Bunyian nyaring memecah perangkap itu, menarik dia keluar, keluar ke alam yang masih bernyawa, masih menguji, walau usianya sudah berlipat kali ganda daripada usia dia. Gerakan separa laju mencapai alat itu, alat yang kini berdekatan dengan mesin bodoh itu. Ditekan punat yang ada, mematikan bunyian nyaring yang agak menjengkelkan. Ah! Salah punat pula. Ditekan lagi beberapa kali, bunyian itu pasti mati, hingga sore nanti.

Memang itu tujuannya. Bunyi yang menjengkelkan sengaja dijadualkan berbunyi. Agar tak terlepas, tak kesiangan. Pagi itu terasa indah nian. Langit seakan-akan indigo berselang awan yang kurang putih di waktu itu. Mungkin tak seputih pencuci pakaian, tapi cukup memuaskan hati dia yang kini ingin meneruskan agenda yang seterusnya. Rumah setan itu digunakan. Mencari air, mencari sesuatu. Ah! Kenapa tidak terfikir oleh dia? Kan ada satu mangkuk besi di luar? Apa nak buat. Nasi dah jadi bubur.

Benda putih pencemar alam berbalut merah penunggu dunia atas meja usang yang jadi tempat hampir segalanya, dicapai, diangkat. Terasa janggal benar. Seperti ada yang kurang. Sudah jadi resam musafir di negeri orang. Dia teruskan. Eh! Belum lagi meneguk cecair coklat 10saat. Oh, sempat lagi. Dibancuh, diminum, rokok ungu dalam bekas pencemar alam berbentuk silinder dicapai. Dibawa ke mulut seraya menekan punat pada mesin bodoh itu.

Sesekali terkenang dia. Mengapa dibayar kudapan dalam bekas pencemar alam warna jingga itu. Mungkin kerana di bulan mulia ini lidah dia mengidam manisan. Kalau di rumah ada mesin angkut. Sayang, di situ tiada apa untuknya, miliknya. Terlintas dia akan apa yang akan dibuatnya dalam tempoh baru ini. Banyak-kah, sedikit-kah, dia tidak tahu. Belum diputus. Yang satu itu pasti, yang dua itu juga mesti, yang tiga itu harus dan diutamakan. Yang selebihnya, seperti biasa, seperti sebelumnya, dicapai sepanjang di situ.

Dia kaget. Hei! Sudahlah tu. Dia hancurkan menara lamunannya sendiri. Bangkit, bangun, bergerak.

2 comments:

syahid said...

ni mcm gamba saw mill je

asrihashim said...

mmg gmbr saw mill pun.