Salam.
Kesiangan.
Subuh hampir tamat.
Sempat.
Mandi.
Tak terasa.
Mungkin kerana badan yang berbisa.
Menanti.
Tiada bangkit.
Ku mengorak langkah walau sedikit.
Pengangkutan.
Tidak sesak sudah.
Alhamdulillah.
Stesen.
Datuk beruniform ditanya.
Baru ku kenal Kuala Lumpur bagaimana rupa.
Peringatan.
Jangan ditipu rakan-rakanku.
Kelak dicaci, kebenaran keluar.
Peringatan lagi.
Jangan diguna mukasurat itu sahaja.
Nanti dipatah mukasurat seterusnya.
Peringatan lagi-lagi.
Kalau nak keluar rumah, keluarlah.
Kalau mak bapak tak benarkan, nak keluar masih?
Lagi-lagi peringatan.
Nak ke tandas, minta dekat cikgu.
Nak jawab, angkat tangan.
Budak tadika pun tahu.
Ketibaan.
Pintu masih tertutup.
Berpusing kerana ku masih hidup.
Kepanasan.
Itu yang aku mahukan.
Kebah yang diharapkan.
Masuk.
Masih seperti dulu.
Menarik,tidak begitu?
Berdering.
Terkejut dengan panggilan.
Terima kasih atas kehadiran.
Masuk semula.
Hajat di hati ingin memiliki.
Keluar puas hati.
Berjalan.
Ingin mengutip apa yang ditinggalkan.
Hampa, kesal, diriku minta dimaafkan.
Destinasi seterusnya.
Pusat popular untuk angkatan itu.
Ada yang jumpa, ada yang tidak begitu.
Makan.
Tempat eksklusif nampak.
Macam harga tinggi nampak.
Makan sambungan.
Diminta pelik makanan.
Janji terisi, ku telan.
Panggilan lagi.
Ke konsert dicanang.
Ke sana bukan senang.
Konsert.
Aku agak kaget.
Di depan mata tokoh berjaket.
Konsert bersambung.
4 gergasi berpadu.
Jiran seberang memikat hatiku.
Pulang.
Selamat sampai tiada cela.
Terima kasih tak terperi kepada anda berdua.
*********************************************************************************
Cadangan slogan baru Tourism Malaysia :
"If you haven't seen Malaysia, you haven't seen human."
atau
"If you haven't seen Malaysia, you haven't seen mankind."
Malaysia is a multicultural country.
Malaysia, negara berbilang kaum.
Malaysia is a multiclothing country.
Malaysia, negara berbilang pakaian.
Malaysia kini boleh mengalahkan Harajuku.
Ramai rakan-rakanku yang lebih gemar berniaga.
Berniaga daging mentah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment