Pages

May 13, 2009

Antara resit dan 're-sit'.

Salam.

Hari ini aku rasa agak lain. Ada perkara yang nak dikongsikan. Tapi sebelum itu, tahniah kepada skuad hoki Malaysia yang berjaya melangkah ke separuh akhir Hoki Piala Asia 2009 di Kuantan,Pahang.

Jadi hari ini aku nak cakap pasal hidung. Bukan hidung tinggi, mahupun hidung Ahmad Nisfu, tapi terkena batang hidung sendiri. Dalam kehidupan seharian, kita kena hati-hati sebab apa yang kita katakan mungkin akan memakan diri.

Setiap gerak-geri kita pasti ada yang merakamkan dalam benak hati mereka. Oleh itu elakkan perkara yang kelak boleh memakan diri sendiri. Sebagai contoh, kritikan kita hari ini mungkin akan merujuk kepada diri kita sendiri pada satu hari nanti. Dan apabila itu terjadi, maka kredibiliti kita akan tercalar dan saya pasti tiada siapa mahu dipandang hina, malah dipandang rendah sekalipun tidak rela.

Marilah kita renungkan bersama sedikit cetusan idea di atas.

Sekian.

No comments: