Pages

May 29, 2009

Perhatian kepada peminat Akademi Fantasia!

Salam.

ha. Sah lah anda peminat AF. Kalau tak, kenapa anda baca coretan kali ni?
huahaha...

Apa pun, tahniah diucapkan kepada Adlin Aman Ramli dan Emelda. Terbina satu lagi masjid kat Malaysia ni. Alhamdulillah.

Salah satu gambar mereka.


Untuk lebih banyak gambar dan butiran, klik di sini.


p/s : terima kasih kepada semua yang menyokong Traditional Attire Day. Teruskan usaha anda.

May 27, 2009

Traditional Attire Day!!!

Salam.

Hi. Today, while attending a forum, an idea struck me. How about we recognize a day as the day to wear our traditional attire? It sure will be great if everyone in Malaysia agrees and comply with the idea.

So, here i am. i'm calling for every reader of my blog to participate in this little campaign which i name it as 'Traditional Attire Day'. On the chosen day, we will wear our traditional wear. And, the lucky day is Friday! To be more interesting, i'm calling it effective starting this Friday, May 29,2009. Let's fill our society, and hopefully Malaysia, one day, every week, for as long as we can remember.

Ha. i sense some doubts among you, readers. This campaign does not require much from you. Just wear anything you have in your closet(the traditional ones of course). You don't have to go and buy a new one just for the sake of this campaign. Obviously i don't want to blamed for making you guys spend hundreds of ringgit just to buy a cloth to wear on one day.

Here's my suggestion. Just wear anything you have, anything. Maybe you don't have a complete set, it's ok. Just wear what you have. Like Malays, if you guys only have the baju for baju melayu,(the case where the pants are left somewhere else) just wear it with any pants.
Or, if Indian ladies only have the scarf without the sari, it's the same to you. For Chinese ladies, you don't have to worry, right? Why did i say that? It's because the cheongsam is one long dress, without any other additional clothing. Am i right? Correct me if i'm wrong.


Why Friday? Here are the reasons.

1. It's the end of the weekdays. So, people are more likely to be less stressed on Friday.
2. The next day is holiday. Because traditional clothes are more expensive nowadays, you can
straight away wash it. Plus, you can spend more time washing them with care to maintain the
quality of the fabric


So, let us fill the air with joy and colors of our traditional wear, once every week, starting from this week. Happy Traditional Attire Day!!!


p/s : use the search engine above the title to help me count how many people agree and willing
to join this campaign. Your help is much appreciated.

p/s : i'm sorry for any inconvenience caused. You can contact me to settle whatever hurt i have
done to you through this blog.

p/s again : would like to try the chinese attire. like the one worn by the chinese guy(i don't know
the name of his character) whom is the bodyguard of Oracle in The Matrix Trilogy.
full set + the round spectacles, of course.


May 25, 2009

Cheating or Cherating?(updated)

Salam.

Hari ini aku nak update pasal percutian aku yang terbaru.

Sebelum itu terima kasih diucapkan kepada SEMUA yang dah bersusah-payah memastikan percutian tersebut berjaya. Terima kasih banyak-banyak.

Bas pertama bertolak lebih kurang pukul 11.10 malam dan bas ke-2 pulak lebih kurang antara 11.30-11.40 malam.(Padahal aku naik bas kedua, xjugak ingat.) Aku macan biasa lah, kalau dah jalan jauh, naik bas lak tu, memang lelap tanpa diundang lah. huahaha...

Pantai Cherating memang cantik. Tak tahu lah kawasan yang kami pergi saja yang mas
ih cantik atau kawasan lain pun sama. Yang penting memang cantik.

Macam mana? Cantik?


Gambar ni ke kiri sedikit daripada gambar di atas.


Ha... Sampai di Cherating lebih kurang 5.30 pagi. Pagi tu aktiviti pertama ialah membersih pantai. Rupa-rupanya banyak sampah kat pantai-pantai Malaysia ni.


Seronok sebenarnya kutip sampah ni. Cubalah.


Selesai kutip sampah, apa lagi, terus terjun ke dalam laut. Tapi yang ni tak ada gambar. Tengah hari, makan nasi, aiskrim dan lepas tu ada pulak yang pergi sewa basikal. Memang kitorang buat benda-benda yang tak boleh buat lah kat kolej tu.

Aku pulak, lebih kurang 2.30 petang, tetiba teragak nak ke laut. Ternampak Am
ir tengah bersantai dekat bilik kosong, pergi sekali dengan dia. Biasalah, waktu-waktu camtu, air surut. Dari jauh dah nampak Fatah tengah jalan-jalan berseorangan. Pergi pulak ‘join’ Fatah. Tapi memang best lah pergi waktu tu, walaupun waktu tu waktu paling 'best' nak tidur. Jauh jugak kaki berjalan. Sampailah dekat kawasan batu-batu besar.

Dah puas hati, balik bilik, lepas tu keluar kejap, nak isi perut sikit. Muhammad pulak ‘join’. Kitorang pun berkelah di tepi jalan tu.

Pemandangan jalan dekat pantai tempat kitorang tinggal.


Dari kiri : Muhammad, Fatah, Amir

Sabtu malam Ahad, panggang ayam. Terima kasih kepada semua yang memanggang ayam-ayam tersebut. Memang sedap.

Kawasan memanggang ayam.


Ahad pagi, main futsal, main bola tampar. Disebabkan main atas pasir, akupun beranilah meng-gedik nak main 'dive'. Main futsal nak ‘dive’, main bola tampar nak ‘dive’. Kalau kat kolej, haram! ‘Check out’ pukul 12 tengah hari.


Ha… Baru aku teringat. Kan tajuk kali ni ada sebut ‘cheating’ kan? Ada lah satu kedai baju kat depan resort tu jual baju ni, tertulis “CHEATING” kat depan dengan belakang baju tu. Aku tengok baju tu macam cantik gak. Tapi mintak maaf lah. Aku terlupa lak nak ambil gambar baju tu. Beli pun idak. Huahaha…

Inilah dia gambar baju tu.(Sumbangan Isa Aiman, terima kasih.)


Balik, singgah Temerloh, makan lah ikan patin masak tempoyak. Sebab apa? Orang kata, orang katalah(dengan nada Sathiya), ikan patin kat Temerloh ni sedap. Hmm… Boleh tahan.


Akhirnya, sampailah kat kolej lebih kurang pukul 7.15 malam.


Sekian.

May 21, 2009

Medal Of Honor : Allied Assault

Salam.

Out of nowhere, i thought of giving this game a review.

This game is published by EA Games of course, where most of the games are of high quality.
You'll play as a lieutenant in the WWII. It starts in 1942 and the game ends in 1945.
It features real videos of the WWII, caught by the war cameramen, whose are not to be harmed,
as i was told.

You start a mission with a little briefing from your superior, which makes you more like in the game yourself. Even during this game's era, multiplayer is available. Of course, we can play multiplayer, but never tried it before though.

One feature that i like the most in this game is that it awards medal for our 'courageous' act in completing the mission. Another way of earning a medal is by acquiring bonus items, such as a manifest, which is usually a bit hard to find if you don't search the area thoroughly.

The weapons used are basically used by the American army during the WWII. if you're into these old weapons, this game is definitely for you.



Click here to try the full version of the game.

(You'll be redirected to a site that asks you to enter a search. Just search 'medal of honor' and you'll find the game plus the download links.)

or

Click here for more review by GameSpy.com.

More pictures...
In-game title.


Mission Failed!


My medals so far. Huahaha...

May 17, 2009

Pekerjaan Paling Lama Di Dunia.

Salam.

Hari ini ada sedikit lagi cetusan idea. Atau lebih tepat lagi pandangan peribadi. Tajuk pun dah mengatakan tujuan blog ni. Pekerjaan paling lama. Cuba anda fikir dulu, apakah dia?
Askar? Jurutera? Atau mungkin 'tauke' kedai?
huahaha...

Pada saya, jawapannya ialah cikgu. ha... Kalau difikirkan balik, macam xlogik kan? Mesti ada yang kata, "Cikgu dah pencen mane keje lagi bang oi.". Ya, memang cikgu dah pencen tak kerja jadi cikgu lagi. Tapi, walaupun dah pencen, dia tetap dipanggil "cikgu". Kadang-kadang, dia tak sempat pencen pun. Jadi cikgu 2-3 tahun, lepas itu berhenti. Tetap juga orang akan panggil dia cikgu sampai ke akhir hayat.

Istimewa kan? Cuba kalau askar pula. Brigedier Jeneral(Bersara). Ada tak orang kampung dia panggil dia "jeneral" ? Kalau tauke pulak, bila dia dah tak niaga lagi, orang tak panggil dia 'tauke' lagi, betul tak?

Ini isi kedua pula. Kalau dulu-dulu, cikgu pukul sikit tak apa. Tapi sekarang, anda tengok berita kan? Kata Nabil, 'Lu pikir la sendiri'.

Oleh itu, cikgu memang lah kerjaya yang paling lama di dunia.

Sekian.

MEMARTABATKAN PROFESION KEGURUAN


P/S : Gambar cikgu-cikgu yang aku nak sangat tunjukkan di sini tak ada dalam simpanan.
Tapi aku harap gambar ini dapat bagi gambaran siapakah mereka.

May 14, 2009

Berita baik dan buruk.

Salam.

Hari ini ada sedikit berita baik dan berita buruk yang saya terima. Jadi saya patut mula dengan yang mana dulu? Berita baik atau berita buruk? Kalau 'omputih' kata, "save the best for the last".
Ada orang lebih suka dapat berita buruk dulu, sebab lepas itu boleh gembira dengar berita baik. Ada orang lain pulak lagi suka kalau dengar berita baik dulu, sebab nak bagi hati gembira dan bersedia nak terima berita buruk lak.

Apa-apa pun, saya sebenarnya ada berita nak beritahu.
Pasukan hoki kebangsaan gagal ke akhir hoki Piala Asia di Kuantan. Memang agak sedihlah sekarang ini.
Berita baiknya pula, pasukan badminton negara telah berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Sudirman dan akan bertemu pasukan China, Sabtu ini.

Kalau tak percaya, pergilah baca suratkhabar, takkan saya nak beritahu semua. Kalau susah sangat nak beli suratkabar, bacalah akhbar "online" yang ada sekarang ini. Utusan ke, Sinar Harian ke, Harakah ke, janji boleh baca.

Satu lagi, tahniah diucapkan kepada semua yang berjaya mewujudkan sesuatu dalam masa yang begitu singkat. Tak kisahlah wujudkan apa sekalipun, janji wujud. Kumpulan ke, nota matematik ke, kawan baru ke, hatta air liur sekalipun, setinggi-tinggi tahniah diucapkan. Tanpa anda, asti apa yang anda usahakan itu tidak wujud dengan begitu cepat.

P/S : Kalau tak tahu baca tulisan Cina, jangan pula mengada-ngada pergi beli Nan Yang Siang
Pau pula.

May 13, 2009

Antara resit dan 're-sit'.

Salam.

Hari ini aku rasa agak lain. Ada perkara yang nak dikongsikan. Tapi sebelum itu, tahniah kepada skuad hoki Malaysia yang berjaya melangkah ke separuh akhir Hoki Piala Asia 2009 di Kuantan,Pahang.

Jadi hari ini aku nak cakap pasal hidung. Bukan hidung tinggi, mahupun hidung Ahmad Nisfu, tapi terkena batang hidung sendiri. Dalam kehidupan seharian, kita kena hati-hati sebab apa yang kita katakan mungkin akan memakan diri.

Setiap gerak-geri kita pasti ada yang merakamkan dalam benak hati mereka. Oleh itu elakkan perkara yang kelak boleh memakan diri sendiri. Sebagai contoh, kritikan kita hari ini mungkin akan merujuk kepada diri kita sendiri pada satu hari nanti. Dan apabila itu terjadi, maka kredibiliti kita akan tercalar dan saya pasti tiada siapa mahu dipandang hina, malah dipandang rendah sekalipun tidak rela.

Marilah kita renungkan bersama sedikit cetusan idea di atas.

Sekian.

May 05, 2009

Antara 1 dan -1



Selamat kembali, selamat membaca.
Kali ini saya nak taip sedikit buah fikiran berkaitan perkara-perkara yang mungkin ada sangkut-paut dengan kehidupan anda.

Antara keperluan dan kemahuan.
Antara usaha dan norma.
Antara sahabat dan kenalan.
Antara pemimpin dan pengikut.
Antara rendah diri dan bangga diri.
Antara ramai dan tidak.
Antara banyak dan sedikit.
Antara cemerlang dan gagal.
Antara kebaikan dan keburukan.
Antara ingat dan lupa.
Antara kasih dan sayang.

Setakat itu saja yang dapat saya fikirkan. Kemudian, pasti anda akan berkata seperti ini:
"Apsal 2 pilihan je? Hidup ni kan ada banyak pilihan.". Ya, anda memang betul. Apa yang saya taipkan di atas hanyalah perkara-perkara asas sahaja.

Sebagai contoh, antara ramai dan tidak. Ada orang mengatakan 5 itu ramai dan ada yang kata tidak. Ada juga yang kata 5 itu sederhana. Semuanya terpulang kepada anda. Apa yang saya taipkan hanya untuk membuat saya dan anda yang membaca berfikir sejenak.

Sekian.